Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam…
Islam > Hadis > The creed > Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam…
Hadis diriwayatkan oleh رواه البخاري
صحيح
Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaan
Teks hadis: Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasr…
عَن عُمَرَ بنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ؛ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ».
Penjelasan hadis: Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasr…
Nabi ﷺ melarang sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas syarak dalam memuji baginda, serta menyifatkan baginda dengan sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan khusus milik Allah Taala, atau mendakwa bahawa baginda mengetahui perkara ghaib, atau berdoa kepadanya di samping Allah, sepertimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa bin Maryam AS. qq;';''
Pengajaran: Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasr…
- Peringatan terhadap perbuatan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syarak dalam pengagungan dan pujian kerana perkara itu membawa kepada syirik.
- Perkara yang diperingatkan oleh Nabi ﷺ telahpun berlaku dalam kalangan umat ini. Wujud golongan yang melampaui batas terhadap Rasulullah ﷺ, satu golongan terhadap Ahlul Bait, dan golongan yang lain terhadap para wali, lalu mereka terjerumus ke dalam syirik.
- Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyifatkan diri baginda sebagai hamba Allah; untuk menjelaskan bahawa baginda adalah seorang hamba yang dicipta dan dipelihara oleh Allah, yang tidak boleh ditujukan kepada baginda sesuatu pun daripada sifat-sifat khusus Tuhan.
- Rasulullah ﷺ menyifatkan diri baginda sebagai Rasulullah; untuk menjelaskan bahawa baginda adalah seorang rasul yang diutus dari sisi Allah, maka wajiblah baginda dipercayai dan diikuti.
Kategori :
The Creed
· Belief in Allah the Mighty and Majestic
· Oneness of Allah's Worship
بسم الله الرحمن الرحيم
Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
سبحان الله
Maha Suci Allah