“Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah ham…

Islam > Hadis > The creed > “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah ham…

Hadis diriwayatkan oleh رواه البخاري

صحيح

Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26

📖 2 min bacaan

Teks hadis: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan p…

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ: كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ، وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ المُؤْمِنِ، يَكْرَهُ المَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ».

Penjelasan hadis: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan p…

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan dalam hadis Qudsi bahawa Allah 'Azza Wajalla berfirman: Sesiapa yang memusuhi dan menzalimi salah seorang wali-Ku serta menimbulkan kemarahannya, maka Aku telah memberitahunya dan mengumumkan permusuhan-Ku kepadanya.

Wali (yang dimaksudkan) ialah orang mukmin yang bertaqwa, sebagaimana bertambahnya iman dan takwa seseorang hamba, maka sebegitulah pula kadar kedudukan kewalian di sisi Allah. Tidaklah seorang Muslim mendekatkan diri kepada Tuhannya dengan suatu amalan yang lebih disukai Allah berbanding amalan yang difardukan dan diwajibkan oleh-Nya, berupa melaksanakan ketaatan dan meninggalkan larangan. Orang Muslim itu terus-menerus mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat di samping amalan-amalan wajib, sehingga dia memperoleh kasih sayang Allah. Maka apabila Allah mencintainya, Allah akan membimbingnya melalui empat anggota badan ini:

Allah akan membimbingnya dalam pendengarannya, maka dia hanya mendengar apa yang diredai Allah.

Allah membimbingnya dalam penglihatannya, maka dia hanya memandang apa yang disukai dan diredai Allah.

Allah membimbingnya dalam perbuatan tangannya, maka dia hanya beramal dengan tangannya untuk perkara yang diredai Allah.

Allah membimbingnya dalam perjalanan kakinya, maka dia hanya berjalan menuju perkara yang diredai Allah dan hanya berusaha melangkah ke arah perkara yang mempunyai kebaikan.

Di samping itu, jika dia memohon sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan mengurniakan apa yang dimintanya, lalu doanya diterima. Jika dia memohon perlindungan kepada Allah dan (jika dia) pergi kepada-nya untuk meminta keselamatan, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaganya dan melindunginya daripada apa yang ditakutinya.

Kemudian Allah Ta‘ala berfirman: “Dan apa-apa yang Aku lakukan, tidaklah Aku ragui seperti keraguan-Ku dalam mencabut nyawa seorang mukmin sebagai belas kasihan kepadanya; kerana dia membenci kematian disebabkan kesakitan yang terkandung di dalamnya, dan Allah membenci segala yang menyakiti hamba-Nya yang beriman.”

Pengajaran: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan p…

Kategori : The Creed · Belief in Allah the Mighty and Majestic · Oneness of Allah's Names and Attributes

بسم الله الرحمن الرحيم Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
بدر Bulan Purnama Hari 16.6 / 29.5
Pencahayaan 96%
Bulan baharu dalam 13 hari
سبحان الله وبحمده Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Al-Ahzab 33:56

Selawat ke atas Nabi