“Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan p…

Islam > Hadis > The creed > “Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan p…

Hadis diriwayatkan oleh رواه البخاري

صحيح

Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26

📖 2 min bacaan

Teks hadis: “Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi…

عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقْد آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وما يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ».

Penjelasan hadis: “Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi…

Nabi ﷺ memberitahu dalam hadis Qudsi bahawa Allah ﷻ berfirman: "Sesiapa yang menyakiti seorang wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku yang dekat dengan-Ku, sehingga dia membuatnya marah dan membencinya, maka Aku memberitahunya dan mengisytiharkan permusuhan terhadapnya." Dan wali itu ialah orang mukmin yang bertakwa, dan sebesar mana keimanan dan ketakwaan seorang hamba, sebesar itu juga bahagian yang diperolehinya dari wilayah (perlindungan dan kasih sayang) Allah. Tidak ada suatu amalan yang seorang Muslim lakukan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya yang lebih dicintai-Nya daripada amalan yang difardukan dan diwajibkan ke atasnya —dengan menunaikan ketaatan dan meninggalkan larangan— Dan dia terus mendekatkan diri kepada Tuhannya melalui amalan sunat berserta yang wajib, sehingga dia memperoleh cinta Allah. Lalu apabila Allah mencintainya, Dia akan membimbingnya dalam empat anggota badan ini: Allah akan membimbingnya pada pendengarannya, maka dia hanya mendengar apa yang diredai Allah. Allah membimbingnya pada penglihatannya, maka dia hanya memandang apa yang disukai dan diredai Allah. Allah membimbingnya pada perbuatan tangannya, maka dia hanya beramal dengan tangannya untuk perkara yang diredai Allah. Allah membimbingnya pada perjalanan kakinya, maka dia hanya berjalan menuju perkara yang diredai Allah dan hanya berusaha menuju ke arah kebaikan. Meskipun demikian, jika dia memohon sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya apa yang dimintanya, maka doanya dikabulkan. Jika dia berlindung kepada Allah serta memohon perlindungan-Nya, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaganya dan melindunginya daripada apa yang ditakutinya.

Pengajaran: “Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi…

Kategori : The Creed · Belief in Allah the Mighty and Majestic · Oneness of Allah's Names and Attributes

بسم الله الرحمن الرحيم Rab 16 Jamadilawal
الأربعاء 16 جمادى الأولى
أحدب متناقص Bulan Hampir Penuh Hari 17.1 / 29.5
Pencahayaan 94%
Bulan baharu dalam 12 hari
أستغفر الله Aku memohon ampun kepada Allah

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Al-Ahzab 33:56

Selawat ke atas Nabi