“Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia…

Islam > Hadis > Virtues and manners > “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia…

Hadis diriwayatkan oleh رواه مسلم

صحيح

Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26

📖 2 min bacaan

Teks hadis: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin…

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ».

Penjelasan hadis: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin…

Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa ganjaran seorang Muslim di sisi Allah adalah sejenis dengan apa yang dia lakukan terhadap sesama Muslim. Maka sesiapa yang meringankan, melepaskan, menghilangkan dan melenyapkan kesusahan serta kesempitan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan membalasnya dengan meringankan baginya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesempitan, memberi kelapangan kepadanya, dan menghilangkan kesukarannya, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, umpamanya jika dia mengetahui kesilapan dan kekhilafan yang tidak patut didedahkan daripadanya, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya dalam urusan agama dan dunianya. Bantuan itu boleh diberikan melalui doa, tenaga, harta dan lain-lain. Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu syariat dengan niat mengharap keredaan Allah Taala, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan kedamaian, diliputi dan diselubungi rahmat Allah, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah memuji mereka dalam kalangan makhluk yang dekat dengan-Nya. Cukuplah sebagai satu kemuliaan apabila Allah menyebut nama hamba-Nya dalam kalangan penduduk langit. Sesiapa yang amalannya kurang, yang tidak melayakkannya untuk mencapai kedudukan orang-orang yang banyak beramal, dia tidak patut bergantung kepada kemuliaan nasab dan keutamaan bapanya sambil mengambil ringan akan amalannya sendiri.

Pengajaran: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin…

Kategori : Virtues · Excellence of Knowledge · Virtues and Manners

بسم الله الرحمن الرحيم Rab 16 Jamadilawal
الأربعاء 16 جمادى الأولى
أحدب متناقص Bulan Hampir Penuh Hari 16.6 / 29.5
Pencahayaan 96%
Bulan baharu dalam 13 hari
اللهم صل على محمد Ya Allah, selawat ke atas Muhammad

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Al-Ahzab 33:56

Selawat ke atas Nabi