Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari K…

Islam > Hadis > The creed > Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari K…

Hadis diriwayatkan oleh رواه مسلم

صحيح

Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26

📖 1 min bacaan

Teks hadis: Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan ber…

عَنْ ‌أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ: «قُلْ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ»، قَالَ: لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ، يَقُولُونَ: إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الْجَزَعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ. فَأَنْزَلَ اللهُ: {إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ } [القصص: 56].

Penjelasan hadis: Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan ber…

Nabi ﷺ meminta bapa saudaranya Abu Talib, ketika beliau sedang dalam sakaratulmaut, agar mengucapkan 'tiada yang berhak disembah selain Allah' supaya baginda boleh memberikannya syafaat pada hari kiamat dan menjadi saksi keislamannya. Namun beliau enggan melafazkan syahadah kerana bimbang kaum Quraisy akan mencelanya dan mengatakan bahawa beliau memeluk Islam hanya kerana takut akan kematian dan berada dalam keadaan lemah! Lalu beliau berkata kepada Nabi ﷺ: "Kalaulah bukan kerana itu, nescaya aku telah menggembirakan hatimu dengan melafazkan syahadah, dan aku tunaikan hajatmu sehingga engkau reda!"

Maka Allah SWT menurunkan ayat yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ tidak memiliki hidayah taufik untuk Islam, sebaliknya hanya Allah SWT sahajalah yang memberi taufik kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan bahawa Nabi ﷺ memberi hidayah kepada makhluk dalam bentuk petunjuk, penjelasan, bimbingan dan seruan ke jalan yang lurus.

Pengajaran: Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan ber…

Kategori : Virtues · Excellence of Monotheism · The Creed · Virtues and Manners · Belief in the Divine Decree and Fate · Names and Rulings · Islam

بسم الله الرحمن الرحيم Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
بدر Bulan Purnama Hari 16.5 / 29.5
Pencahayaan 97%
Bulan baharu dalam 13 hari
لا إله إلا الله Tiada Tuhan selain Allah

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Al-Ahzab 33:56

Selawat ke atas Nabi