Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang me…
Islam > Hadis > Jurisprudence and juristic principles > Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang me…
Hadis diriwayatkan oleh رواه البخاري
صحيح
Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaan
Teks hadis: Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang…
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ، وَلَكِنِ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا».
Penjelasan hadis: Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang…
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia yang sempurna dalam menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabat bukanlah orang yang membalas kebaikan dengan kebaikan, Bahkan, penyambung silaturrahim yang hakiki dan sempurna ialah orang yang menyambung kembali hubungan yang telah diputuskan; dan sekalipun mereka berbuat jahat kepadanya, dia tetap membalas mereka dengan kebaikan.
Pengajaran: Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang…
- Silaturahim yang diiktiraf menurut syarak adalah dengan menyambung hubungan dengan orang yang memutuskannya daripadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, dan memberi kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan bukanlah silaturahim yang bersifat saling membalas.
- Menyambung silaturahim adalah dengan menyampaikan kebaikan seperti harta, doa, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan yang seumpamanya, serta menolak keburukan daripada mereka, sekadar yang termampu.
Kategori :
Family Jurisprudence
· Muslim Society
· Jurisprudence and Juristic Principles
بسم الله الرحمن الرحيم
Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
اللهم صل على محمد
Ya Allah, selawat ke atas Muhammad