Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu
Islam > Hadis > Jurisprudence and juristic principles > Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu
Hadis diriwayatkan oleh رواه الترمذي والنسائي
صحيح
Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaan
Teks hadis: Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepa…
عَنْ أَبِي مُـحَمَّدٍ الحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ - سِبْطِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَيْحَانَتِهِ-، قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «دَعْ مَا يَرِيبُك إلَى مَا لَا يَرِيبُكَ».
Penjelasan hadis: Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepa…
Nabi ﷺ telah memerintahkan supaya meninggalkan perkara-perkara yang diragui, sama ada dalam ucapan atau amalan, tentang hukumnya sama ada terlarang atau tidak, haram atau halal dan memfokuskan kepada perkara yang tidak diragui lagi, iaitu yang telah diyakini kesahihannya dan kehalalannya.
Pengajaran: Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepa…
- Seorang Muslim hendaklah membina urusannya atas keyakinan dan meninggalkan perkara yang diragukan, serta jelas dan faham tentang agamanya.
- Larangan daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara syubhah (yang samar hukumnya).
- Jika engkau menginginkan ketenangan dan kerehatan, maka tinggalkan perkara yang meragukan dan lemparkan ia ke tepi.
- Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya apabila Dia memerintahkan mereka dengan perkara yang mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran, serta melarang mereka daripada perkara yang menimbulkan keresahan dan kebingungan.
Kategori :
Principles of Islamic Jurisprudence
· Divergence and Preponderance
· Jurisprudence and Juristic Principles
بسم الله الرحمن الرحيم
Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
سبحان الله وبحمده
Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya