“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia c…
Islam > Hadis > Virtues and manners > “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia c…
Hadis diriwayatkan oleh متفق عليه
صحيح
Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaan
Teks hadis: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencin…
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قالَ: «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ».
Penjelasan hadis: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencin…
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa iman yang sempurna bagi seorang Muslim tidak akan tercapai sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri dari segi ketaatan dan pelbagai kebaikan dalam agama dan dunia, serta membenci apa yang dibencinya untuk dirinya sendiri. Jika dia melihat saudaranya kekurangan dalam agamanya maka dia berusaha memperbaikinya, dan jika dia melihat kebaikan padanya maka dia membimbing dan menolongnya, serta menasihatinya dalam hal agama atau dunianya.
Pengajaran: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencin…
- Kewajipan seseorang mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri kerana penafian iman daripada orang yang tidak mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya itu menunjukkan bahawa perkara ini wajib.
- Persaudaraan kerana Allah mengatasi persaudaraan keturunan, maka haknya lebih wajib dipenuhi.
- Pengharaman terhadap segala yang menafikan kasih sayang ini melalui kata-kata dan perbuatan seperti menipu, mengumpat, dengki, atau menyerang diri, harta, atau maruah seorang Muslim.
- Penggunaan beberapa perkataan yang mendorong kepada tindakan, berdasarkan sabda “untuk saudaranya”.
- Al-Kirmānī رحمه الله berkata: “Termasuk dalam iman juga ialah membenci untuk saudaranya apa yang dibenci untuk dirinya sendiri berupa keburukan, namun ia tidak disebut secara khusus kerana mencintai sesuatu sudah memberi maksud membenci perkara yang bertentangan dengannya, maka tidak disebut secara terperinci adalah memadai.”
Kategori :
Jurisprudence of Ethics
· Praiseworthy Morals
· Virtues and Manners
بسم الله الرحمن الرحيم
Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
الله أكبر
Allah Maha Besar