Islam > Hadis > Virtues and manners > “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau d…
صحيحDikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaanعن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ».
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seorang hamba yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang padanya tempat janjinya, padanya dibalas setiap amalnya, imannya akan mendorongnya untuk mengamalkan sifat-sifat berikut:
1- Bercakap baik: Termasuk menyebut tasbih dan tahmid, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berusaha menyelesaikan pertelingkahan di antara manusia. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam, menjauhi perkara yang membahayakan serta menjaga lidahnya daripada berkata buruk.
2- Menghormati jiran iaitu dengan berbuat baik kepadanya dan tidak menyakitinya.
3- Menghormati tetamu yang datang mengunjungimu iaitu dengan kata-kata yang baik, menyediakan makanan dan sebagainya.
Kategori : Jurisprudence of Ethics · Praiseworthy Morals · Virtues and Manners