Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah
Islam > Hadis > The creed > Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah
Hadis diriwayatkan oleh رواه أبو داود والنسائي في الكبرى
صحيح
Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaan
Teks hadis: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu da…
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: جاءَ رجُلُ إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ، إن أحدنا يجدُ في نفسِهِ -يُعرِّضُ بالشَّيءِ- لأَن يكونَ حُمَمَةً أحَبُّ إليه من أن يتكلَّم بِهِ، فقال: «اللهُ أكبرُ، اللهُ أكبرُ، الحمدُ لله الذي ردَّ كيدَه إلى الوسوسَةِ».
Penjelasan hadis: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu da…
Datang seorang lelaki kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu perkara timbul dalam dirinya, tetapi untuk bercakap tentangnya adalah suatu perkara yang amat berat, sehinggakan menjadi abu lebih disukainya daripada bercakap tentangnya.” Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertakbir sebanyak dua kali dan memuji Allah kerana telah menolak tipu daya syaitan kepada sekadar bisikan.
Pengajaran: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu da…
- Penjelasan bahawa syaitan menghendap orang-orang yang beriman dengan membisikkan waswas, untuk memalingkan mereka daripada keimanan kepada kekufuran.
- Penjelasan tentang kelemahan syaitan terhadap ahli iman, kerana ia tidak berkuasa melainkan sekadar bisikan.
- Seorang mukmin hendaklah berpaling daripada bisikan-bisikan syaitan dan menolaknya.
- Pensyariatan takbir apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap baik atau menakjubkan, atau perkara-perkara seumpamanya.
- Pensyariatan bagi seorang Muslim untuk bertanya kepada orang yang berilmu mengenai semua perkara yang menjadi kemusykilan baginya.
Kategori :
The Creed
· Belief in Allah the Mighty and Majestic
· Belief in the Angels
· The Jinn
بسم الله الرحمن الرحيم
Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
الحمد لله
Segala puji bagi Allah