Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: …

Islam > Hadis > The noble quran and quranic sciences > Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: …

Hadis diriwayatkan oleh رواه البخاري

صحيح

Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26

📖 2 min bacaan

Teks hadis: Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula m…

عَنْ ‌أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يَقْرَؤُونَ التَّوْرَاةَ بِالْعِبْرَانِيَّةِ، وَيُفَسِّرُونَهَا بِالْعَرَبِيَّةِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ، وَقُولُوا: {آمَنَّا بِاللهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا} [البقرة: 136] الْآيَةَ».

Penjelasan hadis: Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula m…

Nabi ﷺ mengingatkan umatnya agar tidak terpedaya dengan riwayat yang disampaikan oleh Ahli Kitab dari kitab-kitab mereka. Pada zaman Nabi ﷺ, kaum Yahudi lazimnya membaca kitab Taurat dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa kaum Yahudi, dan menafsirkannya dalam bahasa Arab, Maka Baginda ﷺ bersabda: “Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan ini adalah dalam perkara yang tidak diketahui benar atau dustanya.” Hal ini kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada kita, dan kitab yang diturunkan kepada mereka. Akan tetapi, tiada jalan bagi kita untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah daripada apa yang mereka riwayatkan tentang kitab-kitab tersebut, jika tidak terdapat dalam syariat kita sesuatu yang menjelaskan kebenarannya daripada kepalsuannya, Maka kita mengambil sikap berkecuali; kita tidak membenarkan mereka agar tidak bersubahat dalam penyelewengan mereka, dan kita juga tidak mendustakan mereka kerana berkemungkinan ia adalah benar, lalu kita akan mengingkari perkara yang kita diperintahkan untuk beriman dengannya. Nabi ﷺ memerintahkan supaya kita berkata: "Kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami, kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan keturunan mereka, kepada apa yang diberikan kepada Musa dan Isa, serta kepada apa yang diberikan kepada para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan antara seorang pun dari mereka, dan kami hanya berserah diri kepada-Nya." (Surah al-Baqarah: 136).

Pengajaran: Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula m…

Kategori : The Noble Qur'an and Qur'anic Sciences · Qur'anic Exegesis · Rules and Principles of Exegesis · The Creed · Belief in the Revealed Books · Pre-Islamic Scriptures

بسم الله الرحمن الرحيم Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
بدر Bulan Purnama Hari 16.5 / 29.5
Pencahayaan 97%
Bulan baharu dalam 13 hari
سبحان الله وبحمده Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Al-Ahzab 33:56

Selawat ke atas Nabi