Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai t…
Islam > Hadis > Virtues and manners > Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai t…
Hadis diriwayatkan oleh رواه أبو داود
حسن
Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaan
Teks hadis: Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan…
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ؛ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ».
Penjelasan hadis: Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan…
Nabi ﷺ melarang rumah-rumah dikosongkan daripada solat, sehingga ia menjadi seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya, Baginda melarang ziarah berulang kali ke makamnya dan berkumpul di sana sebagai satu kebiasaan kerana ia adalah wasilah kepada syirik, Dan diperintahkan untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda di mana-mana sahaja di muka bumi; kerana amalan itu sampai kepada baginda, sama sahaja baik dari dekat mahupun jauh. Maka, tidak perlu berulang-alik ke makam baginda.
Pengajaran: Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan…
- Larangan daripada mengosongkan rumah-rumah daripada ibadah kepada Allah Ta’ala.
- Larangan melakukan perjalanan untuk menziarahi makam Nabi ﷺ kerana baginda memerintahkan untuk berselawat ke atasnya dan memberitahu bahawa selawat itu sampai kepadanya. Sebaliknya, perjalanan hanya diadakan dengan tujuan ke masjid dan untuk bersolat di dalamnya.
- Pengharaman menjadikan ziarah kubur Nabi ﷺ sebagai perayaan, dengan mengulang-ulangi ziarahnya pada cara dan waktu yang khusus, demikian juga ziarah setiap kubur.
- Kemuliaan Nabi ﷺ di sisi Tuhannya, dengan disyariatkannya selawat dan salam ke atas baginda pada setiap masa dan tempat.
- Oleh sebab larangan solat di kubur telah menjadi ketetapan dalam kalangan para sahabat, maka Nabi ﷺ melarang rumah dijadikan seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya.
Kategori :
Virtues
· Merits of Good Deeds
· Virtues and Manners
بسم الله الرحمن الرحيم
Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
سبحان الله
Maha Suci Allah