Islam > Hadis > Virtues and manners > Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sak…
صحيحDikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26
📖 1 min bacaanعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ: رَدُّ السَّلَامِ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ».
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan sebahagian hak seorang Muslim ke atas saudaranya sesama Muslim, Hak yang pertama ialah membalas salam bagi orang yang memberi salam kepada anda.
Hak Kedua: Ziarah Orang Sakit.
Hak ketiga: Mengiringi jenazah dari rumahnya ke tempat solat, ke tanah perkuburan sehingga dikebumikan.
Hak yang keempat: Memenuhi undangan apabila dijemput ke walimatul urus dan seumpamanya.
Hak kelima: Mendoakan orang yang bersin, iaitu dengan berkata kepadanya apabila dia memuji Allah: "Yarhamukallah" (Semoga Allah merahmatimu), kemudian orang yang bersin hendaklah menjawab: "Yahdikumullah, wa yuslihu balakum." (Semoga Allah membimbing anda, dan memperbaiki urusan anda).
Kategori : Shariah-approved Manners · Manners of Greeting and Seeking Permission · Manners of Sneezing and Yawning · Manners of Visiting the Sick · Virtues and Manners