Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mew…

Islam > Hadis > Jurisprudence and juristic principles > Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mew…

Hadis diriwayatkan oleh رواه أحمد

حسن

Dikemas kini pada 26 Oktober 2026 pukul 23h26

📖 2 min bacaan

Teks hadis: Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat…

عَنْ خُرَيْمِ بْنِ فَاتِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْأَعْمَالُ سِتَّةٌ، وَالنَّاسُ أَرْبَعَةٌ، فَمُوجِبَتَانِ، وَمِثْلٌ بِمِثْلٍ، وَحَسَنَةٌ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، وَحَسَنَةٌ بِسَبْعِ مِائَةٍ، فَأَمَّا الْمُوجِبَتَانِ: فَمَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ، وَأَمَّا مِثْلٌ بِمِثْلٍ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ حَتَّى يَشْعُرَهَا قَلْبُهُ، وَيَعْلَمَهَا اللهُ مِنْهُ كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً، وَمَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً، كُتِبَتْ عَلَيْهِ سَيِّئَةً، وَمَنْ عَمِلَ حَسَنَةً فَبِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، وَمَنْ أَنْفَقَ نَفَقَةً فِي سَبِيلِ اللهِ فَحَسَنَةٌ بِسَبْعِ مِائَةٍ، وَأَمَّا النَّاسُ، فَمُوَسَّعٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا مَقْتُورٌ عَلَيْهِ فِي الْآخِرَةِ، وَمَقْتُورٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا مُوَسَّعٌ عَلَيْهِ فِي الْآخِرَةِ، وَمَقْتُورٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمُوَسَّعٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ».

Penjelasan hadis: Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat…

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa amalan terbahagi kepada enam jenis, dan manusia terbahagi kepada empat golongan. Enam amalan tersebut ialah:

Pertama: Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka wajiblah baginya syurga.

Kedua: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah, maka wajiblah neraka ke atasnya, dan dia akan kekal di dalamnya.

Dan keduanya adalah yang mewajibkan.

Dan yang ketiga: Kebaikan yang diniatkan. Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan, dan dia tulus dalam niatnya sehingga merasakannya di dalam hati dan Allah mengetahui niatnya itu, kemudian dia dihalangi oleh sesuatu perkara lalu tidak mampu melakukan kebaikan tersebut, maka ditulis baginya satu kebaikan yang sempurna.

Dan yang keempat: Kejahatan yang dilakukan, sesiapa yang melakukan satu kejahatan, ia ditulis sebagai satu kejahatan sahaja.

Keduanya ialah: satu balasan yang serupa, tanpa penggandaan.

Dan kelima: Satu kebaikan menjadi sepuluh kebaikan sepertinya, iaitu bagi sesiapa yang berniat melakukan kebaikan dan melakukannya; maka ditulis baginya sepuluh kebaikan.

Keenam, satu kebaikan boleh menjadi tujuh ratus kebaikan, iaitu sesiapa yang menginfakkan sesuatu di jalan Allah akan dicatat baginya ganjaran setara tujuh ratus kebaikan. Ini adalah limpah kurnia dan kemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Adapun empat golongan manusia ialah:

Pertama: Orang yang dilapangkan rezekinya di dunia, hidup dalam kenikmatan dan mendapat apa sahaja yang dikehendakinya, tetapi kehidupannya disempitkan di akhirat dan kesudahannya adalah ke neraka, iaitu orang kafir yang kaya.

Kedua: Orang yang disempitkan rezekinya di dunia, tetapi diberikan kelapangan di akhirat dan tempat kembalinya adalah ke syurga. Dia ialah mukmin yang fakir.

Ketiga: Orang yang disempitkan di dunia dan akhirat, iaitu orang kafir yang fakir.

4. Orang yang diberi kelapangan di dunia dan akhirat, iaitu orang mukmin yang kaya.

Pengajaran: Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat…

Kategori : Jurisprudence of Acts of Worship · Zakah · Virtues · Excellence of Monotheism · Merits of Heart Acts · Merits of Organs' Acts · Jurisprudence and Juristic Principles · Virtues and Manners · Voluntary Charity

بسم الله الرحمن الرحيم Sel 15 Jamadilawal
الثلاثاء 15 جمادى الأولى
بدر Bulan Purnama Hari 16.5 / 29.5
Pencahayaan 97%
Bulan baharu dalam 13 hari
أستغفر الله Aku memohon ampun kepada Allah

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Al-Ahzab 33:56

Selawat ke atas Nabi