العصر · Juz 30
Pergi ke
Tanda buku
Qari
Kelajuan main
Pengulangan ayat
Ulang
Tatal automatik
Terjemahan

Abdullah Muhammad Basmeih

Font Arab
Saiz teks
Arab
Terjemahan
Julat untuk dihafal
Pengulangan
Per ayat
Gelung penuh
Qari utama
Sedang berjalan - Gelung A-B /

Baca Halaman 601 Al-Quran

Halaman 601 Mushaf mengandungi 17 ayat. Tergolong dalam Juz 30, Hizb 60.

Dikemas kini pada 10 Julai 2026 pukul 03h41

Page 601 dans le Coran

17
ayat
30
Juz
60
Hizb
3
Surah
Juz 30
Halaman 601
سورة العصر
Juz 30 89.4% (504/564)
Hizb 60 79.2% (228/288)

وَٱلْعَصْرِ ﴿١﴾

Demi Masa!

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ﴿٢﴾

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ﴿٣﴾

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ ﴿١﴾

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ ﴿٢﴾

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ ﴿٣﴾

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ ﴿٤﴾

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ ﴿٥﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ﴿٦﴾

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ ﴿٧﴾

Yang naik menjulang ke hati;

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ ﴿٨﴾

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ ﴿٩﴾

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ ﴿١﴾

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ ﴿٢﴾

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ ﴿٣﴾

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ ﴿٤﴾

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ ﴿٥﴾

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

بسم الله الرحمن الرحيم Jum 24 Muharram
الجمعة 24 محرّم
هلال متناقص Bulan Sabit Hari 25.1 / 29.5
Pencahayaan 21%
Bulan baharu dalam 4 hari
لا إله إلا الله Tiada Tuhan selain Allah