القيامة · Juz 29
Pergi ke
Tanda buku
Qari
Kelajuan main
Pengulangan ayat
Ulang
Tatal automatik
Terjemahan

Abdullah Muhammad Basmeih

Font Arab
Saiz teks
Arab
Terjemahan
Julat untuk dihafal
Pengulangan
Per ayat
Gelung penuh
Qari utama
Sedang berjalan - Gelung A-B /

Baca Ruku 513 Al-Quran

Ruku 513 diambil dari Surah Al-Qiyama (ayat 31–40). Mengandungi 10 ayat dan tergolong dalam Juz 29.

Dikemas kini pada 10 Julai 2026 pukul 03h41

Ruku 513 dans le Coran

10
ayat
1
Surah
29
Juz
v.31 – v.40
Ayat

Sourate dans le Ruku 513

Halaman 578
Ruku 513
سورة القيامة
Juz 29 78.9% (340/431)
Hizb 58 59.6% (134/225)

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ﴿٣١﴾

(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿٣٢﴾

Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ﴿٣٣﴾

Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ ﴿٣٤﴾

(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ ﴿٣٥﴾

Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى ﴿٣٦﴾

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

أَلَمْ يَكُ نُطْفَةًۭ مِّن مَّنِىٍّۢ يُمْنَىٰ ﴿٣٧﴾

Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

ثُمَّ كَانَ عَلَقَةًۭ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿٣٨﴾

Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ ﴿٣٩﴾

Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْـِۧىَ ٱلْمَوْتَىٰ ﴿٤٠﴾

Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

بسم الله الرحمن الرحيم Jum 24 Muharram
الجمعة 24 محرّم
هلال متناقص Bulan Sabit Hari 25 / 29.5
Pencahayaan 21%
Bulan baharu dalam 4 hari
سبحان الله Maha Suci Allah