Baca Ruku 546 Al-Quran
Ruku 546 diambil dari Surah Al-Humaza (ayat 1–9). Mengandungi 9 ayat dan tergolong dalam Juz 30.
ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ ﴿2﴾
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ ﴿3﴾
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ ﴿4﴾
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ ﴿5﴾
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ﴿6﴾
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ ﴿9﴾
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
Dikemas kini pada 28 Oktober 2026 pukul 00h24